Khamis, 4 November 2010

PRK DUN GALAS...yg menang tunaikan amanah Allah.




suasana depan sk Tg.indera petra 1





 Heli ni digunakan bagi angkut kertas undi di Pos hok jauh2 nuh
( 4 jam dari Gua Musang )

salah satu restoren: harga biasa jah,kata mahal?



Kubur Seorang Wanita dalam Masjid Razaleigh
dlm.Bandar Lama Gua Musang
Kes: zaman belum merdeka kena bunuh

Sabtu, 30 Oktober 2010

MESYUARAT AJK KALI KE-17..RUMAH Tim.YDP Hj Muhd Shamsul

 Lokasi :Rumah Tim.YDP persatuan
Taman Pulong kubang kerian Jln.Istana Mahkota

 Bincang beberapa perkara dan diluluskan beberapa perkara :-

1.Kursus Berani Bercakap terbuka pada yang berminat (RM30 shj)
2.Kursus Bagi anak2 persatuan ( Imam Muda )
3.Jamuan Terbuka Guru kafa akhir tahun (RM20 shj.)



ajk disediakan dgn jamuan laksa Pinang dan kelantan.
* Thanks Tuan Hj Muhd Shamsul *

Jumaat, 29 Oktober 2010

Guru Takmir ..juga naik ke RM100 x 8 jam

DALAM NEGERI

Elaun guru takmir seluruh negara naik

KUALA KANGSAR 29 Okt. - Kerajaan bersetuju menaikkan elaun guru-guru takmir di seluruh negara daripada RM40 kepada RM100 setiap kali mengajar.Pelaksanaan kadar baru elaun itu akan berkuat kuasa pada Januari depan.Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Abdul Halid Sintol berkata, kenaikan tersebut bertujuan menyelaraskan elaun yang diterima imam-imam dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) seperti diumumkan dalam Bajet 2011, baru-baru ini.
             "Kementerian Kewangan telah bersetuju meluluskan elaun daripada RM40 sekarang kepada RM100. Maksimum guru-guru takmir mengajar ialah lapan kali sebulan bermakna mereka juga akan menerima elaun seperti guru-guru KAFA iaitu sebanyak RM800."Surat yang diterima memaklumkan pelaksanaannya bermula Januari 2011. Kita harap kementerian dapat salurkan peruntukan ini mengikut jadual," katanya.Beliau berucap pada majlis Ijtima' Sanawi Guru Takmir Peringkat Negeri Perak di Auditorium Kolej Islam Darul Ridzuan, di sini semalam.
                Program sehari bertema 'Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah' tersebut dianjurkan bersama Jakim, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIAMP).
Acara perasmian disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang diwakilkan Pegawai Khasnya, Nasir Ismail.Guru-guru takmir merupakan tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Jakim dan jabatan agama Islam negeri untuk mengajar agama di masjid-masjid dan surau.
                 Menurut Abdul Halid, persetujuan menaikkan kadar elaun itu juga menandakan kesediaan kerajaan memberi komitmen tinggi kepada usaha perkembangan agama dan pendidikan Islam di kalangan masyarakat. "Ia nikmat yang perlu disyukuri dan harus disusuli dengan usaha di kalangan guru takmir di masjid-masjid dan surau untuk membantu perkembangan dan memperkasa akidah serta ketinggian akhlak seterusnya melahirkan kekuatan komuniti Islam di negara ini," kata beliau.
                  Terdahulu, Timbalan Pengarah JAIPk, Mohd. Yusop Husin dalam ucapannya, meminta Jakim menambah pengambilan guru-guru takmir di negeri ini memandangkan bilangan mereka tidak mampu menampung jumlah masjid yang ada."Jumlah guru takmir di Perak ketika ini ialah 299 orang berbanding 615 masjid tidak termasuk surau-surau yang juga memerlukan penglibatan mereka."Kita harap dapat mencapai nisbah dua orang guru takmir untuk sebuah masjid bagi memudahkan urusan pengajaran dilakukan," katanya.

*** Kita Menolong Allah ,Allah Pasti menolong kita ***
jika niat jihad Fiisabillilah

KHUTBAH JUMAAT : Masjid Al-Sultan kubang Kerian

Bila tiba hari Jumaat

“ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
 
(Surah Al-Jumu'ah: 9)

 Latih anak anak lelaki kita solat bersama
cuma pastikan safnya..

 Bila Khatib membaca khutbah maka DIAMLAH kita semua
sekiranya bercakap walau SEPATAH akan terjejaslah pahalanya.

selesai solat maka bertebaranlah kita dimuka bumi ini
jumpa salam.. jumpa salam.. jumpalah perniagaan.!!

Sabtu, 23 Oktober 2010

CINTAI WARISAN...boleh rapatkan silaturrahim..

Bertempat : di Kampong Kraftangan KB

kalau dah minat tak kira kecik besar tua muda.

 ada yang harga sebilah sampai RM40,000.00

 dari Singapura pun datang

Khamis, 21 Oktober 2010

Iktibar dari pengalaman sebenar........... fikir2kanlah wahai sahabat!!

Kisah Benar
Suatu hari..en.zahari sedang memandu kereta bagi mengambil isterinya yang sedang berada di pekan New Hammer..Dalam perjalanan itu beliau terlihat sebuah kedai tayar kereta yang masih beroperasi sedangkan jam sudah menunjukkan pukol 8.30mlm.(iSYAK dah masuk la )..terlintas di hatinya bahawa:" ishh,bila la tuan kedai ni nak beribadah asyik kerja ,kerja aje..cari duit sampai mati pun tak cukup!!) terlintas ucapan begitu dihatinya. 
  Jarak antara kedai tayar tersebut bukanlah jauh dari rumah adik iparnya..hanya lebih kurang 500meter sahaja.Bila sahaja beliau menjemput ISTERInya dan hendak kembali semULA ke rumahnya di Bandar Cosmopolitan tiba2 tayar belakang keretanya terasa berat dan bempis..kebetulan birasnya masih berada di belakang kereta tersebut.
   Birasnya menjerit dan memberitahu pada en.Z bahawa keretanya sudah pancit dan perlukan tayar spare..bILA dibuka sahaja bonet kereta tersebut alangkah terkejutnya e.Z bahawa keretanya tiada tayar spare...

 
 oleh kerana keretanya tiada peralatan yang khas berkaitan dgn tayar..terpaksalah en.Z menghubungi kedai tayar yang dia pandang itu tadi..Datanglah seorang pemuda yang gagah bergaya dan bersih mukanya..memberi salam dan bertanyakan apakah yang berlaku?..En.Z teragak2 kerana silap pandangan berkaitan urus kedai tersebut..Bila dilihat sahaja tayar tersebut..beliau mengatakan bahawa tayar ini telah rosak teruk dan perlu digantikan baru..ekoran tercucuk besi tajam yang panjang dan tayar ini tidak boleh di tampal bocornya.


Bila siap sahaja kerja2 tersebut..pemuda itu memaklumkan bahawa dia boleh dihubungi bila bila masa..kerana kerjanya hanya memberi bantuan kecemasan berkaitan tayar kereta..Alangkah malunya e.Z kerana beranggapan buruk terhadap PEKERJA kedai tersebut dan merasakan Tuhan telah membalasnya dengan serta merta dBayaran kos semuanya RM180.00..:" syukurlah ada kedai tersebut,dapat juga memberi khidmat pada orang yang dalam kesusahan."..

Moral  cerita : 
Kita jangan buruk sangka terhadap orang lain..walaupun kita ahli Ibadah..jgn cepat menghukum jika kita hanya melihat dengan mata kasar kita..Allah akan memberi balasan setimpal pada kita jika wujud sedikit sikap/hati kita dengan rasa Takbur@Ujud@Riak atau sebagainya.Sebaliknya doakanlah HAMBA TERSEBUT AGAR IANYA SEMPAT MELAKUKAN IBADAH SEMASA HAYATNYA MASIH ADA.

Rabu, 20 Oktober 2010

BERITA SULONG..persatuan kita

 keratan akhbar sinar harian 20/10/2010
laporan sulong bagi Persatuan

 laporan Guru Kafa di negeri Terengganu
Fuhh lega..keputusan boleh pegang 2 jawatan kat sini.
syabas PERKEP

Gambaran Orang Terkejut
guru/pegawai yang anti persatuan camni lah mukanya..
Takdak masa kami nak layan kamu!!!