Sabtu, 31 Julai 2010

SELAMAT HARI PAHLAWAN untuk semua pejuang.



Dato1 Bahaman Pahang.
al-fatihah kepada semua para pejuang negara
kita wajib bersyukur kepada Allah dengan penuh ketakwaan kerana tanpa para pejuang 
AGAK2NYA DIMANA KITA??

Tok Janggut Kelantan 
digantung mayatnya di Padang Merdeka (kini)



leftenan Adnan Saidi
peristiwa Bukit Chandu Singapura(Tanah Melayu)

penuh misteri dan ilmu persilatan melayu Raya
 SEKADAR beberapa gambar saje...

BIRO KEBAJIKAN PERSATUAN.. lawatan ke rumah ustazah Alwani..

di sambut mesra oleh Ust.Shamsuddin( suami ustz.alwani)

Lawatan kasih sayang telah dilakukan oleh persatuan
diketuai oleh YDP dan beberapa ajk ke rumah Ustazah Alwani 
di kG.Kuchelong, Jelawat Bachok




** TAHNIAH PERSATUAN UCAPKAN **
Nabi Muhammad suka kepada umat yang produktif..
(anak no.6)

adik : `AATHIF FADHLURRAHMAN AL-HUDA BIN SHAMSUDDIN


Khamis, 29 Julai 2010

Pertunjukan Polis DiRaja Malaysia. ditepi Sungai Kelantan.....




persembahan kehebatan PDRM
sebelah Hotel Ridel Sungai Kelantan

polis vs Lanun





Selasa, 27 Julai 2010

MINGGU INI..blog dihiasi dengan sentuhan zikir2 Rohani...

salam kepada semua ahli persatuan

minggu ini persatuan menghidangkan lagu2 nasyid yang sedap dan meruntun kalbu bagi diajarkan kepada anak murid kita semoga mereka dan kita juga sentiasa ingatkan ALLAH.
HAYATILAH SETIAP BAIT2 Nya..

Indahnya Penderitaan

Teman Sejati

KeAgungan Tuhan - D'lloyd

Ahad, 25 Julai 2010

SYARAT KE 2 BILA DAH JADI GURU KAFA...


Ini pula dinamakan BUKU RANCANGAN MENGAJAR.

sebelum mulakan kelas..pastikan BUKU INI TELAH DIISI DENGAN MATA PELAJARAN DAN JUGA IKUT SUKATAN YANG DIBERIKAN JAKIM..guru jangan memandai2 ubah @ pindah sukatan..tapi time mengajar tu..tengoklah kebolehan murid2..ada kategori A / B / C / D / E.. yang penting mesti kreatif... Contoh Ustazah Hasniah kita ni...



Kehadiran murid wajib diisi setiap hari
mari tanda yang tak mari pun tanda..

Target kita : semua generasi pandai AL-QURAN dan bijak JAWI



Contoh pelajar  yg.jatuh tersembam kelas pagi..
main tolak2 bergurau tak kira masa..
kalau jadi waktu KELAS KAFA..alamak naya kita !!!

Rabu, 21 Julai 2010

KELAS ILMU DEWASA....



YDP sedang menulis nama peserta Majlis Taklim Perdana yang diadakan semalam. program ini bagi penambah Baikan Ilmuan bagi warga Penggerak Masyarakat negeri Kelantan .100 peserta hadir  bagi kursus kali ini..

TQ pihak KEMAS R.PANJANG.

perasmian oleh : Boss Kita le
YBhg.Tuan Hj Mohd Shah bin Beweh
PPK jpp ( pMI )


servey dewan makan...kita ni kalangan
" M A R H A I N ''



makan kenyang deh..ayah2 sekelian!!

Selasa, 20 Julai 2010

SEKALI SEKALA....bawalah anak2 jalan2..


kekadang terfikir juga kita..ngapa semasa kita kecil dahulu mak ayah kita tak bawa kita jalan2..
jawapannya kemudahan awam masih kurang..la ni ada pameran ULAR n MANUSIA kat 
muzium Negeri kelantan..Ajaklah keluarga bersantai kejap didalam tu.

** ADA BUDAK PUAN DOK SEKALI NGAN ULAR
...BERANI MEMANG BERANI...

 iSLAM kata : 
" DALAM KUBUR NANTI ADA SEEKOR ULAR YG DITUGASKAN MEMATUK MANUSIA YG SOLAT TAPI TAK JAGA KEBERSIHAN SEMASA BUANG AIR KECIL.."

TIKET pun bukannya mahal sangat...



kalau ada rezeki dapat cabutan bertuah lagi..

Nak possing dengan ular SAWA pun disediakan juga..RM10 aje..

KEMATIAN SUATU JANJI YANG PASTI....

al-fatihah
semalam YDP sempat menghadiri majlis solat Jenazah sahabat di Kg.Kubang Kacang yang telah meninggal dunia kerana kemalangan..seminggu yang lalu..Dengan kehadiran para jemaah 200 orang membuatkan saya terfikir ...ADAKAH KITA SEMUA TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAP ALLAH jika ditakdirkan bila2 masa sahaja nyawa kita di ambil..

maksud Hadis:
" Malaikat Izrail tidak kurang 70 kali melihat anak cucu Adam untuk diambil nyawanya.."

Tinggalkan segala2nya..
1-HARTA 2-PANGKAT 3-KAWAN2NYA 4-AMALNYA



JANJI ALLAH dan RASUL
" Setiap yang bernafas akan merasai mati..."

Khamis, 15 Julai 2010

SYAABAN....bulan Nabiku..



                          SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN SYAABAN

JANGAN LUPA PUASA PADA HARI YANG DITETAPKAN DAN LUPA MALAM NISFU SYAABAN..Persatuan amat mengalu-alukan kerjasama ummat bagi menjalani ibadah puasa sunat ini serta amalan2 yang boleh menolong kita di alam akhirat. Jangan bila mati kita mengharapkan BANTUAN 40 ORANG BACA QURAN DAN TAHLIL 7 MALAM.
SERUAN : BUATLAH SENDIRI SEGALA AMAL KEBAJIKAN.
 Paling tidak HANCURKAN BERAS SEBUTIR..BAGI NIAT KEBAJIKAN.

 

Isnin, 12 Julai 2010

SERONOKNYA AHLI PERSATUAN BERKURSUS...Siri 1.

Tahniah kepada semua peserta ahli persatuan guru kafa
semoga anda semua BERJAYA..
akan menyusul gambar2 menarik selepas ini..siri 2







Cik Aini kita sedang  memasak..fuhh mesti sedap..!!

Jumaat, 9 Julai 2010

SELAMAT BERKURSUS KEPADA AHLI PERSATUAN...

SELAMAT BERKURSUS KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN 
seronok juga kursus macam ni..sambil ambil pengalaman baru...
KITA PUNYA PRINSIP
" yang baik buat teladan yang buruk jadikan sempadan "
pesan YDP: Jaga Tingkah Laku Anda sebagai Guru KAFA.

Jeti Ke KEM Tok UBAN,PASIR MAS
eeiiii..dengkinya kita..

Masjid Terapung Pertama dalam Malaysia
projek ni ditaja oleh
SULTAN BRUNEI

lepas tu barulah dibina di Terengganu 
Masjid puteh Teluk Ibai.