Isnin, 31 Mei 2010

DAFTAR BAGI PROGRAM BANTUAN KEBAJIKAN TELAH DI TUTUP...harap maklum kepada semua ahli.


Gambaran sahaja :

Petang Tadi(31-5-2010) keputusan mesyuarat ajk persatuan memutuskan bahwa serahan salinan 2 kad.pengenalan bagi OKU @ MISKIN telah ditutup kerana telahpun mencapai target sasaran bantuan kebajikan..TQ

harap maaf kepada yang tidak sempat menyerahkannya !!

SETIAP KERJA MESTI PANTAS DAN CEKAP

LAWATAN YDP KE WAD 4 KANAK2...anak AJK persatuan kita.


adik Muhammad Al-Amin ( anak kak Tie hok no.5)
Bersama2 ini ialah Kak Yam Pengerusi Biro Kebajikan& Kasih Sayang dan juga Pn.Aini Bendahari


sakit tak kira usia dan masa..oleh itu waspadalah kita semua sentiasa..
**ingatlah 5 perkara sebelum Tibanya 5 perkara**


Haa..ni dia wad 4 kanak-kanak.


Maksud Hadis:
" menziarahi orang sakit sama pahala dengan 2 Kirat ( 1 kirat = 2 bukit Uhud) "

oleh itu YDP minta maaf banyak2 kpd ahli yang tak sempat dilawati kerana kami tidak dimaklumkan sebarang berita @ signal semasa anda sedang sakit..Lagipun orang ramai masih tak percayakan kita lagi masa itu...sorry ye!!

Sabtu, 29 Mei 2010

PENGUMUMAN PENTING BAGI GURU KAFA SELURUH MALAYSIA... oleh PM




PADA : 16 JUN 2010

PM akan mengumumkan suatu berita yang amat mengembirakan bagi semua warga Guru Kafa yang setelah lama berjuang demi kebajikan agar selaras dengan agenda nasional mensifarkan pendapatan dibawah kategori miskin (RM500) dengan RM720..dan banyak lagi perubahan 2 serta syarat2 bagi lantikan untuk sessi 2011 nanti.Untuk itu persatuan menyeru agar ahli-ahli mengadakan SUJUD SYUKUR kehadrat Illahi dengan penuh keikhlasan. Jika dah rezeki KITA tak kemana perginya,SAMA JUGA KALAU ORANG NAK DENGKI KITA biarkan ia dengan labu-labunya.DUNIA AKHIR ZAMAN buat kebajikan pun orang KECAM.!!

*** peringatan ***.

Program ini bukan berkaitan dengan Lawatan Yang Persatuan aturkan.
harap maklum!!


Jumaat, 28 Mei 2010

PERSATUAN MOHON AHLI SOLAT HAJAT DIADAKAN..bagi misi kapal laut LL4G KE GAZA/PALESTIN.

masjid no.3 suci dalam Islam dijajah Yahudi Laknatullah kini..

mesej dari sahabat NGO antarabangsa jam 6ptg.tadi.(28/5/2010)

mohon seluruh ahli2 NGO Islam yang prihatin agar solat hajat beramai2 mohon keselamatan para krew bantuan ke Gaza yang menaiki kapal LL4G-malaysia dan Indonesia.Unit ini Telah diberi amanah bagi mengawal keselamatan misi ini. Dijangkakan tentera Komando Israel akan merampas kapal ini melalui Helikopter .misi ini membawa ubat-ubatan dan susu tepung bagi kanak2 pelestin yang terkepung di Gaza.

TAKBIR 3 X


KUBAH BATU semasa peristiwa Isra`Mikraj untuk Nabi berpijak dan diangkat ke langit.ramai dikalangan umat jadi kufur semula selepas peritiwa ini kerana mereka berfikir dengan LOJIK AKAL BUKAN DALIL NAQLI..jangan soal panjang YAKIN DAN PERCAYA APA YANG NABI MUHAMMAD CERITAKAN ADALAH RUKUN IMAN.

Khamis, 27 Mei 2010

TAHNIAH BUAT ADIK MADIHAH..persatuan amat berbangga dengan kejayaan anda .

TAHNIAH
PENERIMA BIASISWA 1M DARIPADA 17 ORANG
PELAJAR ISLAM TERBAIK NEGARA 2010.

BEKAS PELAJAR SK.ISLAH K.BHARU
adik Nur Madihah bt Mat Ali
*** KG.BAYAM ***



ianya bermula dengan guru Kafa...

Rabu, 26 Mei 2010

TUGAS KAMI DIDIK MURID... persatuan mengalukan keinginan sahabat sebagai ahli.


Hj.Hussin Tukang Urut Kg.pasir Tumbuh

pesan pakcik.." bertugaslah dengan ikhlas kerana allah kerana Dia pasti akan menolong kita tanpa kita sedari..rezeki anak-anak akan bertambah..masuklah apa-apa persatuan yang berkaitan dengan jawatan kita..contohnya ini..Persatuan Guru Kafa kelantan.. pakcik nampak ianya sangat bagus sekali bagi menyatupadukan gerakan guru-guru kafa semua..dinegeri lain pakcik rasa sudah lama ia diwujudkan..dikelantan baru aje ke??"


Tunas ini adalah Tanggunjawabku.
JIKA GURU KENCING BERDIRI,MURID AKAN KENCING BERLARI !!


AMANAH ALLAH KITA LAKSANAKAN


Hidup sebagai Guru seumpama mentol lampu yang menyinari hidup orang lain.Diri sendiri kepanasan dan terbakar Sebab itulah para ibubapa cubalah respek gak ko Guru kafa ni..jangan tengok kita sebelah mata..ok i follow ??!!


Sepatah selidah ayat yang kita hamburkan .
jangan dipersia-siakan....sebarkan ilmu kalam ini selagi kita terdaya..
HORMATILAH GURU@KAFA..

Selasa, 25 Mei 2010

BIRO KESENIAN,SUKAN DAN RIADAH.. XPDC jelajahi Gunong Stong sedang di rancang..


Salam kepada semua sahabat ahli persatuan
PROGRAM JELAJAHI HUTAN KHATULISTIWA

sesiapa yang nak mendaki Gunong Stong bagi mencuci oksigen dan membakar lemak dalam badan,persatuan akan menganjurkan sedikit masa lagi bagi membina keyakinan diri para guru dalam erti kesusahan hidup dan perjuangan. program ini akan diuruskan oleh persatuan dan tempatnya adalah terhad bagi sessi 1/2010. hanya 40 orang guru sahaja akan dipilih. Air terjun ini adalah yang tertinggi di Asia Tenggara . AYUH SEDIA HADAPI CABARAN

Cik Maskah bt Mustafar : sila buat cadangan..TQ

JUDI NOT FOR MUSLIM..persatuan tidak setuju pertaruhan ini diluluskan..


sesuai dengan gerakan Islam persatuan dan mengikut daftar penubuhan.
menentang keras mana -mana unsur judi walaupun dengan lesen @ tidak.
harap pihak kerajaan jangan Tunduk Dengan kehendak Segelintir Kapitalis ini
demi survival politik Melayu Islam di Malaysia.Cukuplah sekadar hiburan permainan yang mengasyikkan dengan gelecekan bola.. BO LAh..BO LAh..

Islam Is Universal

Isnin, 24 Mei 2010

SIAPA CEPAT DIA SEMPAT : semua ahli dan bukan ahli diseru.. MARILAH!!


1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
SIAPA CEPAT DIA SEMPAT KE PUTRAJAYA
KEKOSONGAN MASIH ADA 40 TEMPAT SAHAJA LAGI..
BUKAN SENANG YA SAHABAT SEMUA NAK MASUK SITU


NASIHAT JAH NI..untuk yang nak masuk NGO..


Jalan sama-sama..Bincang sama-sama..
sepatah u cakap 3 patah i jawab.soal remeh temeh
u lupakanlah, kita cari yang manis-manis aje ye..


TIDUR..
you lena i pun lena... tak sakit kepala..

Ahad, 23 Mei 2010

TEORI KEPIMPINAN..sekadar pesanan YDP..


Jika kita MEMIMPIN SESUATU ORGANISASI...
BERPAKATLAH KITA BOLEH TUMBANGKAN SEEKOR LEMBU BERKAKI 4,

beringatlah perancangan pihak yang ke-2,Siasah mengatakan lahirlah 88 malaikat menyeru kita ke syurga dan juga 88 syaitan yang mengajak kita ke neraka.Ahli yang setia SELAMAT BERJAYA dan Ahli yang BERIA-RIA
SELAMAT BERDUKA...

3 penyebab manusia hilang wibawa:
1.Kuasa
2.Wang Dan Harta
3.Perempuan yang durjana

Sabtu, 22 Mei 2010

LAWATAN AMAL DARI PERSATUAN u/p: BIRO KEBAJIKAN kewad 2 Delima HUSM

Ditujukan :Kepada sahabat Pn.Hasnah Bt Hasan
persahabatan di nilai semasa kita sedang sakit dan daif..
jika kita dikelilingi setelah sihat dan kaya AWAS itu bukan
SAHABAT TAPI MUDHORAT

Doakan ia semoga cepat sembuh.untuk keluarga perbanyakkan sabar
pasti ada penawarnya..


Ahli Kita Tanggungjawab Kita

kelihatan juga Pn.M KP melakukan lawatan prihatin
di wad 2 Delima HUSM baru-baru ini.
apakata persatuan ini dijadikan Bapa Angkat kepada Puteri KB ?



Khamis, 20 Mei 2010

TUNGGU,LIHAT,TENGOK n THINK POSITIF demi persatuan.

Berfikir adalah ibadah akal..mampu lahirkan jiwa
pejuang agama yang setia.


lihatlah dengan kebenaran...
penuh keikhlasan..


Tunggulah kehadirannya..


KUASA YANG ABADI


Rabu, 19 Mei 2010

BIRO KEBAJIKAN DAN KASIH SAYANG...sila buat lawatan ke wad 2 DELIMA HUSM..

Pn.Hasnah bt Hasan
ahli fanatik persatuan telah dimasukkan ke wad 2 Delima HUSM selepas mengadu pening kepala dalam majlis sempena sambutan hari guru disekolahnya pagi tadi.(19-5-2010) ekoran terdapat darah beku dikepala,menurut laporan ajk ustazah alwani ".kini beliau masih dalam keadaan tidak sedarkan diri" .beliau bertugas di
SK DEMIT 1. alamat : di Kg.Telok Baru 2,Lundang
tel: 764 7535 / 017-9266 191
persatuan harap pihak keluarga banyakkan bersabar..
Harap maklum.

PROGRAM USAHAWAN BERDIKARI 2. bersama Kasturi Klasik Mingo2


Taklimat pelaburan oleh en.roslan zaki
konsultan Kasturi klasik ( M ) Bhd.
mana mana yang join insyaaalah akan
mendapat side-income lepas ni...

Kita pakat jadi kaya weh..baru ORANG RESPEK kaligak.

Selasa, 18 Mei 2010

SUASANA MESYUARAT AGUNG kat HOTEL REBANA INN. PADA 15-5-2010.( siri 2 )

SUASANA DI DEWAN MAKAN SENYUM SIMPUL SEMUANYA
tapi Baca Doa dulu...



YDP tengok aje takpe..
yang penting anak buah kenyang


pelancaran blog rasmi persatuan add:
http://persatuangurukafakelantan.blogspot.com


ANTARA
Rakyat dan Pemimpin tQ.pn.Maznah KP



Penerima Anugerah Khas Cemerlang Ahli Persatuan
Ciri 2 :
1-Terlibat aktif dalam persatuan
2-Bijak mencari penajaan bagi persatuan
3-Khidmat dalam masyarakat/kerja sosial.

s/u menerima plak penghargaan


TQ.Puteri KB
sekurang-kurangnya pihak puan ingat jasa kami
takle kami dipinggirkan sangat...TAK GITU KAWAN2..
hadiah cabutan rezeki pun kita sediakan...

haa..cabut jangan tak cabut..


Perasmian Mesyuarat agung Kali ke-2
Oleh : YBrs.Pn Maznah Bt Hj Yaakob
Ketua Puteri UMNO Kota Bharu



Banyak usul-usul dibahas pada hari tersebut..


Mesyuarat Sedang Bersidang

Cik Norizan bt.Hassan
selaku juruacara majlis..beruntungnya persatuan
kerana beliau bukanlah calang2 orang.. lepas ni
kita buat Kursus Public Speaking pula agar ahli2
" Get Ready To GO And Win This Game."