Khamis, 21 Oktober 2010

Iktibar dari pengalaman sebenar........... fikir2kanlah wahai sahabat!!

Kisah Benar
Suatu hari..en.zahari sedang memandu kereta bagi mengambil isterinya yang sedang berada di pekan New Hammer..Dalam perjalanan itu beliau terlihat sebuah kedai tayar kereta yang masih beroperasi sedangkan jam sudah menunjukkan pukol 8.30mlm.(iSYAK dah masuk la )..terlintas di hatinya bahawa:" ishh,bila la tuan kedai ni nak beribadah asyik kerja ,kerja aje..cari duit sampai mati pun tak cukup!!) terlintas ucapan begitu dihatinya. 
  Jarak antara kedai tayar tersebut bukanlah jauh dari rumah adik iparnya..hanya lebih kurang 500meter sahaja.Bila sahaja beliau menjemput ISTERInya dan hendak kembali semULA ke rumahnya di Bandar Cosmopolitan tiba2 tayar belakang keretanya terasa berat dan bempis..kebetulan birasnya masih berada di belakang kereta tersebut.
   Birasnya menjerit dan memberitahu pada en.Z bahawa keretanya sudah pancit dan perlukan tayar spare..bILA dibuka sahaja bonet kereta tersebut alangkah terkejutnya e.Z bahawa keretanya tiada tayar spare...

 
 oleh kerana keretanya tiada peralatan yang khas berkaitan dgn tayar..terpaksalah en.Z menghubungi kedai tayar yang dia pandang itu tadi..Datanglah seorang pemuda yang gagah bergaya dan bersih mukanya..memberi salam dan bertanyakan apakah yang berlaku?..En.Z teragak2 kerana silap pandangan berkaitan urus kedai tersebut..Bila dilihat sahaja tayar tersebut..beliau mengatakan bahawa tayar ini telah rosak teruk dan perlu digantikan baru..ekoran tercucuk besi tajam yang panjang dan tayar ini tidak boleh di tampal bocornya.


Bila siap sahaja kerja2 tersebut..pemuda itu memaklumkan bahawa dia boleh dihubungi bila bila masa..kerana kerjanya hanya memberi bantuan kecemasan berkaitan tayar kereta..Alangkah malunya e.Z kerana beranggapan buruk terhadap PEKERJA kedai tersebut dan merasakan Tuhan telah membalasnya dengan serta merta dBayaran kos semuanya RM180.00..:" syukurlah ada kedai tersebut,dapat juga memberi khidmat pada orang yang dalam kesusahan."..

Moral  cerita : 
Kita jangan buruk sangka terhadap orang lain..walaupun kita ahli Ibadah..jgn cepat menghukum jika kita hanya melihat dengan mata kasar kita..Allah akan memberi balasan setimpal pada kita jika wujud sedikit sikap/hati kita dengan rasa Takbur@Ujud@Riak atau sebagainya.Sebaliknya doakanlah HAMBA TERSEBUT AGAR IANYA SEMPAT MELAKUKAN IBADAH SEMASA HAYATNYA MASIH ADA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan