Khamis, 17 Jun 2010

MAAF semua.gambar di Pusat Islam kena serang VIRUS.. doa2kan agar selamat.

SEKADAR BERITA INI AJE YE..

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan kenaikan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada sesi pembentangan Bajet 2011, Oktober ini.Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, satu kajian sedang dijalankan untuk melihat apakah yang perlu dan mampu dilakukan oleh kerajaan bagi membantu lebih 33,000 guru KAFA di seluruh negara.''Saya sedar kadar elaun guru KAFA sebanyak RM500 sebulan tidak mampu memenuhi keperluan dan tuntutan harian mereka.''Jika dilihat jumlah elaun ini, ia adalah di bawah garis kemiskinan. Saya amat memahami dan mendengar keluhan serta rintihan ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Guru-Guru KAFA Peringkat Kebangsaan 2010 di sini hari ini.Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Menurut Najib, jika keadaan ekonomi negara semakin baik pada masa depan, kerajaan akan terus memperjuangkan kebajikan guru KAFA sejajar dengan peranan penting mereka dalam melahirkan modal insan yang unggul dan cemerlang.
    Dalam perkembangan lain, Najib berkata, beliau bangga dengan kejayaan umat Islam di negara ini termasuk dalam menguruskan sistem perbankan dan kewangan Islam, mewujudkan hab halal serta pengurusan jemaah haji.''Alhamdulillah, saya malam tadi kebetulan bercakap dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud dan baginda sekali lagi memuji jemaah haji dari Malaysia yang dikatakannya terbaik di dunia.''Saya berasa amat bangga atas kejayaan seperti ini kerana ia selaras dengan hasrat kita untuk menjadikan umat Islam di Malaysia sebagai teladan," katanya.
Terdahulu, Najib menyampaikan Anugerah Tokoh Guru KAFA Lelaki kepada Abd. Halim Talib dari Kuala Nerang, Kedah dan Anugerah Tokoh Guru KAFA Perempuan kepada Zaiton Jamaluddin dari Gombak, Selangor.Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, sijil, piala dan hadiah iringan.

Last Updated (Wednesday, 16 June 2010 08:26)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan