Sabtu, 30 Oktober 2010

MESYUARAT AJK KALI KE-17..RUMAH Tim.YDP Hj Muhd Shamsul

 Lokasi :Rumah Tim.YDP persatuan
Taman Pulong kubang kerian Jln.Istana Mahkota

 Bincang beberapa perkara dan diluluskan beberapa perkara :-

1.Kursus Berani Bercakap terbuka pada yang berminat (RM30 shj)
2.Kursus Bagi anak2 persatuan ( Imam Muda )
3.Jamuan Terbuka Guru kafa akhir tahun (RM20 shj.)



ajk disediakan dgn jamuan laksa Pinang dan kelantan.
* Thanks Tuan Hj Muhd Shamsul *

Jumaat, 29 Oktober 2010

Guru Takmir ..juga naik ke RM100 x 8 jam

DALAM NEGERI

Elaun guru takmir seluruh negara naik

KUALA KANGSAR 29 Okt. - Kerajaan bersetuju menaikkan elaun guru-guru takmir di seluruh negara daripada RM40 kepada RM100 setiap kali mengajar.Pelaksanaan kadar baru elaun itu akan berkuat kuasa pada Januari depan.Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Abdul Halid Sintol berkata, kenaikan tersebut bertujuan menyelaraskan elaun yang diterima imam-imam dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) seperti diumumkan dalam Bajet 2011, baru-baru ini.
             "Kementerian Kewangan telah bersetuju meluluskan elaun daripada RM40 sekarang kepada RM100. Maksimum guru-guru takmir mengajar ialah lapan kali sebulan bermakna mereka juga akan menerima elaun seperti guru-guru KAFA iaitu sebanyak RM800."Surat yang diterima memaklumkan pelaksanaannya bermula Januari 2011. Kita harap kementerian dapat salurkan peruntukan ini mengikut jadual," katanya.Beliau berucap pada majlis Ijtima' Sanawi Guru Takmir Peringkat Negeri Perak di Auditorium Kolej Islam Darul Ridzuan, di sini semalam.
                Program sehari bertema 'Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah' tersebut dianjurkan bersama Jakim, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIAMP).
Acara perasmian disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang diwakilkan Pegawai Khasnya, Nasir Ismail.Guru-guru takmir merupakan tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Jakim dan jabatan agama Islam negeri untuk mengajar agama di masjid-masjid dan surau.
                 Menurut Abdul Halid, persetujuan menaikkan kadar elaun itu juga menandakan kesediaan kerajaan memberi komitmen tinggi kepada usaha perkembangan agama dan pendidikan Islam di kalangan masyarakat. "Ia nikmat yang perlu disyukuri dan harus disusuli dengan usaha di kalangan guru takmir di masjid-masjid dan surau untuk membantu perkembangan dan memperkasa akidah serta ketinggian akhlak seterusnya melahirkan kekuatan komuniti Islam di negara ini," kata beliau.
                  Terdahulu, Timbalan Pengarah JAIPk, Mohd. Yusop Husin dalam ucapannya, meminta Jakim menambah pengambilan guru-guru takmir di negeri ini memandangkan bilangan mereka tidak mampu menampung jumlah masjid yang ada."Jumlah guru takmir di Perak ketika ini ialah 299 orang berbanding 615 masjid tidak termasuk surau-surau yang juga memerlukan penglibatan mereka."Kita harap dapat mencapai nisbah dua orang guru takmir untuk sebuah masjid bagi memudahkan urusan pengajaran dilakukan," katanya.

*** Kita Menolong Allah ,Allah Pasti menolong kita ***
jika niat jihad Fiisabillilah

KHUTBAH JUMAAT : Masjid Al-Sultan kubang Kerian

Bila tiba hari Jumaat

“ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
 
(Surah Al-Jumu'ah: 9)

 Latih anak anak lelaki kita solat bersama
cuma pastikan safnya..

 Bila Khatib membaca khutbah maka DIAMLAH kita semua
sekiranya bercakap walau SEPATAH akan terjejaslah pahalanya.

selesai solat maka bertebaranlah kita dimuka bumi ini
jumpa salam.. jumpa salam.. jumpalah perniagaan.!!

Sabtu, 23 Oktober 2010

CINTAI WARISAN...boleh rapatkan silaturrahim..

Bertempat : di Kampong Kraftangan KB

kalau dah minat tak kira kecik besar tua muda.

 ada yang harga sebilah sampai RM40,000.00

 dari Singapura pun datang

Khamis, 21 Oktober 2010

Iktibar dari pengalaman sebenar........... fikir2kanlah wahai sahabat!!

Kisah Benar
Suatu hari..en.zahari sedang memandu kereta bagi mengambil isterinya yang sedang berada di pekan New Hammer..Dalam perjalanan itu beliau terlihat sebuah kedai tayar kereta yang masih beroperasi sedangkan jam sudah menunjukkan pukol 8.30mlm.(iSYAK dah masuk la )..terlintas di hatinya bahawa:" ishh,bila la tuan kedai ni nak beribadah asyik kerja ,kerja aje..cari duit sampai mati pun tak cukup!!) terlintas ucapan begitu dihatinya. 
  Jarak antara kedai tayar tersebut bukanlah jauh dari rumah adik iparnya..hanya lebih kurang 500meter sahaja.Bila sahaja beliau menjemput ISTERInya dan hendak kembali semULA ke rumahnya di Bandar Cosmopolitan tiba2 tayar belakang keretanya terasa berat dan bempis..kebetulan birasnya masih berada di belakang kereta tersebut.
   Birasnya menjerit dan memberitahu pada en.Z bahawa keretanya sudah pancit dan perlukan tayar spare..bILA dibuka sahaja bonet kereta tersebut alangkah terkejutnya e.Z bahawa keretanya tiada tayar spare...

 
 oleh kerana keretanya tiada peralatan yang khas berkaitan dgn tayar..terpaksalah en.Z menghubungi kedai tayar yang dia pandang itu tadi..Datanglah seorang pemuda yang gagah bergaya dan bersih mukanya..memberi salam dan bertanyakan apakah yang berlaku?..En.Z teragak2 kerana silap pandangan berkaitan urus kedai tersebut..Bila dilihat sahaja tayar tersebut..beliau mengatakan bahawa tayar ini telah rosak teruk dan perlu digantikan baru..ekoran tercucuk besi tajam yang panjang dan tayar ini tidak boleh di tampal bocornya.


Bila siap sahaja kerja2 tersebut..pemuda itu memaklumkan bahawa dia boleh dihubungi bila bila masa..kerana kerjanya hanya memberi bantuan kecemasan berkaitan tayar kereta..Alangkah malunya e.Z kerana beranggapan buruk terhadap PEKERJA kedai tersebut dan merasakan Tuhan telah membalasnya dengan serta merta dBayaran kos semuanya RM180.00..:" syukurlah ada kedai tersebut,dapat juga memberi khidmat pada orang yang dalam kesusahan."..

Moral  cerita : 
Kita jangan buruk sangka terhadap orang lain..walaupun kita ahli Ibadah..jgn cepat menghukum jika kita hanya melihat dengan mata kasar kita..Allah akan memberi balasan setimpal pada kita jika wujud sedikit sikap/hati kita dengan rasa Takbur@Ujud@Riak atau sebagainya.Sebaliknya doakanlah HAMBA TERSEBUT AGAR IANYA SEMPAT MELAKUKAN IBADAH SEMASA HAYATNYA MASIH ADA.

Rabu, 20 Oktober 2010

BERITA SULONG..persatuan kita

 keratan akhbar sinar harian 20/10/2010
laporan sulong bagi Persatuan

 laporan Guru Kafa di negeri Terengganu
Fuhh lega..keputusan boleh pegang 2 jawatan kat sini.
syabas PERKEP

Gambaran Orang Terkejut
guru/pegawai yang anti persatuan camni lah mukanya..
Takdak masa kami nak layan kamu!!!

Selasa, 19 Oktober 2010

ADAT PELEPAS selepas BERSALIN..... kita bincang macamana!!

ALAT UTAMA
1.Benang Keras@sumbu pelita
2.Beras sedikit
3.duit syiling 55sen

ayat -ayat al-Quran dibacakan minta dijauhi dari gangguan syaitan

 selesai doa ..ibu bersalin diminta langkah Benang tersebut sebanyak 3 x

 Dari Hujung Rambut hingga ke Hujung kaki..


Mak Bidan akan menghembuskan doa terakhir pada Baby..

Ahad, 17 Oktober 2010

TERIMA KASIH PM... kerana naikkan elaun kami RM800.00 SEBULAN.

 YDP (ust.Munawirul Anuar bin Hj Daud )

         ucapkan ribuan terima kasih pada PM yang telah meluluskan kenaikan elauan para guru Kafa seluruh Malaysia sehingga RM800 sebulan.Ini Menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan dalam menjaga kebajikan para guru dan mengangkat martabat profesionalisme guru kafa ketempata yang sewajarnya. Jika dahulu para guru dikategorikan bawah paras kemiskinan.

      Saya juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada pihak JAKIM,JPP DAN PPD bagi seluruh negeri Kelantan yang memberi kerjasama dan bantuan dalam proses PNP .kami berikrar akan menjalankan tugas dengan sebaikknya selaras dengan imbuhan yang diberikan ini.


TQ Perdana Menteri

Sabtu, 16 Oktober 2010

Kursus Pengurusan Pertubuhan di bawah akta 1966.... anjuran ROS Kelantan.

 gambar klasik persatuan



 En.Abd.Aziz wakil dari SPRM

 Inspektor Bob wakil dari IPK

 wakil dari persatuan...ewah2 lepas ni makin mantap ler yer..


 sessi soal jawab..para peserta dari NGO lain

Jumaat, 15 Oktober 2010

AWAS DEMAM DENGGI.... tak kira siapa kalau kena..


Inilah Rupanya Nyamuk Aedes yg membawa kuman Denggi
berbelang dan aktif diwaktu pagi dan petang.


Jika terasa demam mengejut atau lebih 2 hari
sila minumlah banyak2 air 100 Plus dan makan sup Ketam Nipah
InsyaAllah Mustajab bagi melawan kuman Denggi


Pastikan sekeliling Rumah kita sentiasa bersih dan tiada peluang
buat nyamuk untuk bertelur..nanti susah Bro!!
*** DENDA KEMENTRIAN KESIHATAN

Isnin, 11 Oktober 2010

PELEPAH KURMA sebagai nesan...persatuan akan lancarkan kempen penanaman kurma ditanah perkuburan.

Benih Tamar / Kurma


Pokok yang Berbunga dan Berbuah


En.Muhd Adam sedang " mencongkeh " pokok tamar


Dibawa ke Tapak Perkuburan Islam Tok Ayah
Kg.Padang Bemban Banggu


jadikan pelepah tamar sebagai nesan bagi 
mendoakan SI MATI..
2 POKOK  INI DI NIAT WAKAF HINGGA KIAMAT.